Portal berita Xinhua melaporkan, kejadian itu juga menyebabkan bekalan elektrik terputus dan beribu-ribu pokok tumbang.

Menurut laporan itu, taufan ganas tersebut melanda bandar Wengling dengan kelajuan angin mencapai 187 kilometer sejam dan dijangka beralih ke pantai timur ke arah Shanghai.

Jelas laporan itu, hujan lebat diramalkan berlaku di beberapa kawasan di Shanghai dan wilayah timur di Anhui, Fujian, Jiangsu dan Zhejiang.

Malah, pihak berkuasa turut memberi amaran kemungkinan berlaku banjir kilat dan tanah runtuh disebabkan hujan lebat itu. – AFP.