Banjir lumpur yang berlaku di kampung Thae Pyar Kone di negeri Mon semalam, memusnahkan 16 kediaman dan sebuah rumah ibadat.

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah menjalankan operasi sepanjang malam untuk mencari mangsa yang selamat dan mayat tertimbus dalam runtuhan itu.

“Setakat ini, kami telah menemui 22 mayat dan 47 orang mengalami kecederaan,” kata Pentadbir Daerah, Myo Min Tun.

Pihak berkuasa percaya lebih 100 orang dikhuatiri masih hilang. – AFP.