Channel News Asia melaporkan, kesemua mangsa sedang melakukan kerja-kerja pembaikan ketika berlaku runtuhan tersebut.

Seorang saksi, Chen Kun memberitahu kejadian berlaku terlalu pantas tanpa sebarang petanda.

"Saya melihat pergerakan tanah secara perlahan di pergunungan selepas sebuah trak melalui kawasan berdekatan. Saya menjerit, memberi amaran kepada orang ramai agar menyelamatkan diri," katanya.- AGENSI