Keadaan itu menyebabkan Sakal Dev Tuddu dari perkampungan Mandada di sini terpaksa mengikat dan membalut rambutnya sepanjang 1.82 meter itu di dalam kain bagi mengelakkan dia terpijak rambutnya sendiri ketika berjalan.

Lapor Oddity Central, Tuddu mula menyimpan rambutnya sejak berusia 22 tahun dan atas sebab tertentu, dia tidak menggunting rambutnya selama setahun sehinggalah dia melihat rambutnya sudah berpintal se­perti ‘dreadlock’.

Tuddu mengangggap perkara itu sebagai ‘rahmat’ dari Dewa Shiva dan membuat keputusan untuk tidak mencuci serta menggunting rambutnya lagi sejak dari tempoh tersebut.

Ketika ini, rambut Tuddu mencecah telah lantai dan dia sering mengikatnya bagi mengelak rambut itu kotor ketika berjalan.

Malah, lelaki itu turut dikenali sebagai ‘Mahatma Ji’ dalam kalangan penduduk tempatan sebagai tanda hormat mereka kepadanya.

Tuddu juga dipercayai berkebolehan menyembuhkan pe­nyakit dan ramai orang datang berjumpa dengannya bagi mendapatkan penawar yang dihasilkannya menggunakan herba.

Selain Tuddu, terdapat seorang lelaki dari Gujarat membe­la rambut sehingga panjangnya mencecah 19 meter. – AGENSI