BBC melaporkan, Swaraj, 67, yang berkhidmat sebagai menteri luar India selama lima tahun merupakan seorang ahli politik disayangi ramai.

Beliau dikenali sebagai ahli politik yang banyak membantu rakyat India yang tinggal di luar negara.

Swaraj menderita masalah kesihatan sejak sekian lama dan pernah menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang pada 2016.- AGENSI