Lapor Reuters, surat itu ditulis oleh pengganas berkenaan, Brenton Tarrant sebanyak enam muka surat dan dimuat naik dalam talian oleh laman 4chan.

Surat itu dipercayai diutuskan untuk seorang individu dikenali sebagai Alan yang tinggal di Rusia.

"Saya fikir setiap rakyat New Zealand mempunyai harapan bahawa individu ini tidak dibenarkan untuk berkongsi mesej kebenciannya dari dalam penjara," kata Perdana Menteri, Jacinta Ardern di Tuvalu, di mana beliau menghadiri Forum Kepulauan Pasifik. - AGENSI