AFP yang memetik jurucakap Jabatan Kastam Sri Lanka, Sunil Jayaratne sebagai berkata, sebanyak 241 kontena diimport sejak 2017 dari Britain dan 130 daripadanya telah dibawa ke zon perdagangan bebas untuk dikitar semula dan pengeskpotan semula.

Namun katanya, 111 daripada kontena itu disumbatkan dengan tilam, sisa plastik dan bahan-bahan klinikal yang melanggar undang-undang antarabangsa penghantaran bahan berbahaya.

Katanya, ahli perniagaan tempatan yang bertanggungjawab melakukan perbuatan itu akan diambil tindakan undang-undang sekiranya gagal mengeksport kembali sisa buangan itu ke Britain dalam tempoh terdekat. -AFP