Lapor BBC, spesis berkenaan dikenali sebagai Homo luzonensis, diambil sempena nama tapak penemuan rangka terbabit di pulau terbesar negara ini iaitu Luzon.

Ciri-ciri fizikal spesis tersebut adalah campuran yang ditemukan pada rangka manusia purba dan zaman kini.

Rangka terbabit berkemungkinan mempunyai hubungan dengan manusia primitif yang meninggalkan Afrika dan berhijrah ke Asia Tenggara. - AGENSI