Terdahulu, Singapura memberi kebenaran kepada kumpulan itu melakukan persembahan, selagi mereka tidak menyanyikan lagu-lagu yang dianggap ‘menyerang agama’.

Namun Singapura memutuskan untuk membatalkan persembahan itu beberapa jam sebelum ia berlangsung selepas mendapat nasihat dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negara.

“Kementerian melahirkan kebimbangan serius berhubung persembahan tersebut susulan sejarah kumpulan berkenaan yang menolak agama dan mempromosikan keganasan, sekali gus berpotensi mencetuskan permusuhan dan mengganggu keharmonian sosial negara ini,” kata Pihak Berkuasa Pembangunan Media Infocomm. - AFP