Bangkok Post melaporkan, daripada semua yang cedera, 18 merupakan pelajar yang dijadualkan untuk menghadiri kem matematik di Bangkok.

Kemalangan berlaku di kilometer 56-57 di lebuh rayaAsia 41 Road sekitar waktu petang.

Penumpang yang maut dikenalpasti sebagai Prompiriya Semneng, 17, sementara rakan-rakannya yang lain terperangkap didalam bas malang itu.

Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dan kini dirawat di hospital berdekatan.-AGENSI