Warga Perancis berusia 44 tahun itu didakwa atas kecuaian sehingga mengakibatkan kematian.

Individu berkenaan diberi tempoh 24 jam untuk bersedia sebelum membela diri.

Suspek sebelum ini mengaku gagal mengawal bot laju dipandunya sebelum merempuh sebuah bot nelayan Jumaat lalu.

Dua warga emas terbunuh manakala seorang wanita berumur 60 tahun parah dalam kejadian itu.

Suspek gagal dikesan beberapa jam sebelum menyerah diri semalam.

Dia menafikan cuba bersembunyi, memberitahu cuba mendapatkan rawatan kerana turut cedera susulan kemalangan itu.

Katanya, ketika kejadian dia tidak menyedari kehadiran bot berkenaan sebelum merempuhnya.

Ujian alkohol keatasnya telah dijalankan dan keputusan akan dikeluarkan esok.- AFP