Roskosmos dalam satu kenyataan menyebut, roket Soyuz berlepas dengan membawa satelit Egyptsat-A melalui Baikonur Cosmodrome di Kazakhstan.

Satelit itu antaranya akan membekalkan gambar berdefinisi tinggi mengenai permukaan Bumi.

"Satelit Egyptsat-A dibawa ke orbit, semuanya berfungsi dengan baik," jelas jurucakap Roskosmos, Vladimir Ostimenko seperti dipetik agensi berita RIA Novosti.

Pada Oktober lalu, sebuah roket Soyuz membawa angkasawan Rusia dan Amerika Syarikat (AS) berdepan masalah, memaksa angkasawan berkenaan melakukan pendaratan cemas.

Pelancaran misi dilancarkan pada Disember lepas, membawa angkasawan Rusia, Oleg Kononenko bersama Anne McClain dari Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik (NASA) dan David Saint-Jacques (Agensi Angkasa Lepas Kanada) untuk misi selama enam bulan setengah di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). - AFP