Penyokong pasukan Olimpia dan Motagua merusuh di luar Stadium Nasional di Tegucigalpa.

Jurucakap Hospital Escuela, Julieth Chavarra berkata, tujuh orang dibawa ke hospital yang mana tiga maut dan empat lagi mendapatkan rawatan di wad kecemasan.

Presiden kelab Matagua, Pedro Atala memberitahu, rusuhan dipercayai bermula apabila bas membawa pemainnya diserang menyebabkan tiga cedera. - AFP