Mail Online melaporkan, unit polis trafik robot itu mula me­ronda sekitar bandar Handan di wilayah Hebei, semalam.

Robot kecerdasan buatan (AI) itu menggunakan sistem operasi android dan mempunyai beberapa reka bentuk untuk me­ngawal, memberi maklumat dan mengendalikan kemala­ngan.

Polis trafik Handan dalam akaun Weibo mereka, jurutera turut memasang kamera pengecaman wajah pada robot itu.

Operasi robot polis Handan menggunakan teknologi ‘data besar’ yang merupakan inisiatif kerajaan China dan sebahagian rancangan lima tahun ke-13 Beijing.

Teknologi data besar itu disokong sisten pemantauan kebangsaan dengan mempu­nyai 200 juta kamera jalanan AI.

Sistem pemantauan itu me­nyasarkan untuk mengenal pasti sebanyak 1.4 bilion rakyat China hanya dalam tempoh tiga saat.

China mula menggunakan robot untuk memastikan kese­lamatan awam pada 2016 dan robot pertama, AnBot digunakan untuk mengawal balai pelepasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Shenzen. – AGENSI