Lapor Mail Online, robot manusia dengan ketinggian 2.1 meter itu juga boleh membuat ja­ringan tiga mata namun ia tidak boleh berge­rak, menggelecek mahu pun membuang jaringan ‘dunk’.

Robot digelar Cue 3 itu menggunakan pelbagai sensor untuk membuat kiraan sudut tepat dan kekuatan lontaran serta menggunakan motor yang meniru pergerakan sama pada setiap masa.

Syarikat Jepun itu memilih untuk membuat sebanyak 2,020 jaringan sebagai menghormati penganjuran Sukan Olimpik 2020 Tokyo.

Cue 3 akan membuat imej tiga dimensi mengenai kedudukan jaring dengan menggunakan sensor pada badannya sebelum menyelaras motor pada lengan dan lutut kakinya untuk menjaring.

Sementara itu, pemain bola keranjang Jepun, Yudai Baba turut mengambil bahagian dalam demonstrasi tersebut dan terlepas beberapa lontaran.

Katanya, jika Cue 3 dapat mempelajari beberapa helah, dia bersedia untuk menerima robot itu dalam pasukannya.

“Kita pemain manusia masih lebih baik pada masa ini,” jelas­nya. – AGENSI