Arab News melaporkan, isu tersebut menarik perhatian ulama tersohor Amerika Syarikat (AS), Sheikh Yusuf Estes yang terpanggil untuk memberi amaran kepada jemaah haji dalam satu rakaman tentang kesan yang bakal wujud daripada kesilapan itu.

"Di mana mereka peroleh perkataan anthrax tersebut? Mereka gunakan Google tetapi itu bukan kesalahan Google.

"Google membolehkan pelayar mengetahui maksud pelbagai perkatan daripada berbagai bahasa," kata Sheikh Yusuf dalam video itu.

Anthrax adalah bakteria yang menyerang kulit dan paru-paru manusia.

Dalam pada itu, Kementerian Haji dan Umrah memulakan siasatan terhadap kontraktor dan penterjemah dalam insiden 10 Ogos lalu sebelum menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan lanjut.

Sementara itu, Pengarah Pusat Bahasa dan Terjemahan Universiti Lebanon, Dr. Gisele Riachy menerangkan bagaimana kesilapan tersebut boleh berlaku.

"Terdapat dua kemungkinan, sama ada diterjemah dengan Google Translate atau penterjemah tidak memahami dengan mendalam maksud sebenar jamarat," jelasnya. – AGENSI