"Pelawaan ini bertentangan dengan pendirian saya yang menolak perkauman, penindasan dan kekejaman," tulisnya dalam Twitter.

Khamis lalu, kerajaan Israel menolak kunjungan Rashida dan seorang lagi ahli parlimen beragama Islam, Ilhan Omar yang memboikot zionis atas kekejaman yang dilakukan terhadap warga Palestin.

Namun hari ini, Israel menarik balik halangan tersebut dan membenarkan Tlaib untuk melawat neneknya dengan syarat wanita tersebut menghentikan sokongannya untuk memboikot Israel.- AFP