Al Jazeera melaporkan, dalam kejadian di ibu negeri Manokwari itu, penunjuk perasaan membakar bangunan Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD), tayar dan beberapa premis perniagaan.

Jurucakap polis Indonesia, Dedi Prasetyo berkata, sebuah bangunan yang sebelum ini diduduki oleh Gabenor wilayah Papua Barat, Dominggus Mandacan juga dibakar.

Tiada kematian dilaporkan dan demonstrasi masih berterusan.

“Buat masa ini, kami masih mengumpul data mengenai mangsa dan cuba menenangkan penunjuk perasaan,” katanya.

Demonstrasi itu berlaku susulan penahanan sejumlah pelajar Papua yang tinggal di asrama di Surabaya dan Malang di Pulau Jawa.

Pelajar terbabit didakwa telah merosakkan bendera Indonesia dengan membengkokkan tiang bendera yang terletak di asrama berkenaan ketika sambutan Hari Kebangsaan Indonesia, kelmarin.

Bagaimanapun, pelajar berke­naan menafikan tuduhan itu dalam satu temu bual dengan media tempatan, Suara Papua.

Sementara itu, Ketua Polis Indonesia, Tito Karnavian berkata, pihak berkuasa berjaya mengawal keadaan di kawasan wilayah timur Papua.

“Berdasarkan laporan dite­rima, keadaan di kawasan tersebut sudah menjadi kondusif. – Agensi