Lapor Channel News Asia, siput yang terdapat di ladang milik Phatinisiri Thangkeaw, pada suatu ketika dibenci oleh petani kerana serangga perosak itu memakan tunas tanaman baharu mereka.

“Dahulu, petani sering membuang siput di jalan raya atau di dalam sungai, tetapi kini mereka menjualnya untuk mendapat pendapatan sam­pingan,” kata Phatinisiri.

Jelas Phatinisiri, dengan menjual sebanyak 1,000 ekor siput, beliau mampu meraih pendapatan tambahan AS$320 hingga AS$650 (RM1,315 hingga RM2,672) sebulan.

Ladang Phatinisiri Thangkeaw, merupakan antara 80 ladang di wilayah Nakhon Nayok, perjalanan selama dua jam dari ibu kota Bangkok yang mendapat manfaat daripada pasaran kecantikan glo­bal berasaskan siput.

Menurut kumpulan penyelidikan Keseimbangan Coherent Market, pasaran kecantikan berasaskan siput dianggarkan berjumlah AS$314 juta (RM1.2 bilion). - AGENSI