Muhammadu menyatakan simpati dan berikrar akan memberikan respons tegas kepada ‘musuh kemanusiaan yang kejam dan tidak perikemanusian itu.

“Pembunuhan skala besar dan kerap terhadap penduduk kampung miskin oleh geng pembunuh itu perlu ditentang dengan kekuatan keselamatan yang keras daripada kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Zakari Chinaka memberitahu, lelaki bersenjata menaiki motosikal menyerbu tiga kampung di daerah Goronyo, Sokoto, pada Rabu lalu.

“Mereka melepaskan tembakan dan membakar kedai-kedai dan mencuri lembu penduduk kampung.

“Selama dua jam mereka bertindakan tanpa halangan berikutan keadaan muka bumi yang teruk melambatkan akses pasukan keselamatan ke lokasi kejadian,” ujarnya. - AFP