Ketua Biro Imigresen Thailand, Lt Jen Sompong Chidduang berkata 13 rakyat Taiwan termasuk tiga wanita diberkas di sebuah rumah di Daerah Mueng di Wilayah Chonburi, semalam.

"Kami menerima maklumat dari rakan sejawatan dari Taiwan mengenai sindiket penipuan panggilan pusat ini yang menipu 21 mangsa sejak Oktober tahun lepas hingga sekarang," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata seorang mangsa ditipu membabitkan kerugian 7.2 juta baht.

Polis juga menemukan 44 telefon bimbit, 43 telefon talian daratan dan 17 internet router, 10 komputer, komputer riba dan Voice Over Internet Protocol (VOIP).

Kesemua suspek ditahan di Bangkok sementara menunggu untuk proses deportasi. - BERNAMA.