Insiden berlaku di taman awam dekat pekan Menton petang semalam.

Lelaki tersebut merupakan warga Belgium berusia lingkungan 50-an.

Polis yang tiba di lokasi kejadian selepas menerima laporan dari orang awam, cuba memujuk lelaki berkenaan agar tidak mencederakan dirinya.

Namun, salah seorang anggota polis bertindak melepaskan dua das tembakan selepas lelaki tersebut cuba bertindak ganas.

Polis Nice dalam pada itu mengesahkan siasatan telah dilakukan keatas insiden berkenaan.- AFP