Lapor AFP, sebelum itu polis turut melepaskan gas pemedih mata dan tembakan air untuk menyuraikan perarakan itu.

Ibu Pejabat Polis Perancis memberitahu, selain penahanan ke atas 126 individu itu, mereka turut memeriksa lebih 11,000 individu yan terlibat dalam tunjuk perasaan itu.

Pergerakan ‘ves kuning’ di Perancis pada awalnya bermula sebagai bantahan mengenai kenaikan bahan api tetapi merebak menjadi tunjuk perasaan besar-besaran menentang dasar Presiden Emmanuel Macron. -AGENSI