Pesawat Boeing itu dimiliki oleh Omni Air International, sebuah syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS) yang mengendali penerbangan sewa khusus bagi tentera dan kerajaan.

“Pasukan perkhidmatan kecemasan lapangan terbang ketika ini berada di lokasi kejadian dan mereka sebelum ini telah memadam kebakaran di luar pesawat tersebut.

“Semua penumpang dan anak kapal telah dikeluarkan dengan selamat dan kini mereka berada di bangunan terminal,” kata jurucakap Kumpulan Shannon dalam satu kenyataan. – AFP.