Agensi pengangkutan udara Rosaviatsia menerusi kenyataan menjelaskan, pesawat Ural Airlines, A321 membawa 226 penumpang dan tujuh anak kapal, dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Zhkovsky Moscow ke Simferopol di Crimea.

Katanya, sekumpulan burung itu merempuh sebaik sahaja pesawat berlepas sehingga menyebabkan kerosakan pada enjinnya dan terpaksa membuat pendaratan cemas.

Jelas kenyataan itu, pesawat tersebut melakukan pendaratan di ladang jagung, kira-kira satu kilometer dari landasan, dengan enjin dimatikan dan menarik masuk gear pendaratan.

Menurut kementerian kesihatan, sebanyak 23 penumpang termasuk sembilan kanak-kanak telah dimasukkan ke hospital namun dilaporkan tidak ada yang mengalami kecederaan serius. – AFP.