Timbalan Ketua Majlis Tentera, Jeneral Mohamed Hamdan Dagalo berkata, perjanjian tersebut merupakan ‘detik bersejarah’ bagi Sudan.

“Ia ‘membuka lembaran baharu dan perjanjian era perkongsian antara angkatan tentera, RSF (Rapid Support Forces) dan pemimpin-pemimpin revolusi Sudan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menandatangani perjanjian itu mewakili jeneral-jeneral di sini, hari ini.

Perjanjian perkongsian kuasa itu dipersetujui secara prinsip pada 5 Julai lalu telah dibawa oleh Kesatuan Afrika dan pengantara oleh Ethiopia.

Badan pemerintah nanti terdiri daripada enam wakil awam dan lima tentera. - AFP