NIPSEY HUSSLE maut ditembak di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) semalam. - AFP

Bagaimanapun jurucakap jabatan polis Los Angeles tidak dapat mengesahkan identiti mangsa tetapi memaklumkan bahawa insiden tembakan itu menyebabkan seorang maut dan mencederakan dua yang lain.

Tambah jurucakap berkenaan, pembunuh terbabit masih bebas.

Hussle mula dikenali dalam industri muzik selepas dia dicalonkan dalam Anugerah Grammy bagi kategori Album Rap Terbaik menerusi album berjudul ‘Victory Lap’.

Sebelum itu, penyanyi tersebut mula mencipta nama dengan menjual rakaman lagu sendiri dan Jay-Z pernah membeli sebanyak 100 unit pita rakamannya dengan harga AS$100 (RM407) setiap satu. – AFP