Bangkok Post melaporkan, berdasarkan statistik yang dikeluarkan Pengendali Telekomunikasi Kemboja (TRC), jumlah kad SIM berdaftar melonjak 9.4 peratus iaitu hampir mencecah 20.8 juta pada suku pertama tahun ini.

Pengguna Internet pula meningkat 31.6 peratus menjadikan jumlah terkini sebanyak 15.8 juta, bersamaan 98.5 peratus daripada jumlah populasi di negara berkenaan.

Jurucakap TRC, Im Vutha memberitahu Khmer Times pasaran kad SIM kini menjadi tepu, dengan jumlah kad yg aktif melebihi penduduk

Bagaimanapun katanya, jumlah pengguna Internet di Kemboja masih boleh berkembang.

"Jumlah pengguna Internet bertambah secara mendadak kerana penggunaan Internet menerusi telefon pintar yang semakin meningkat," katanya. - AGENSI