Menurut polis, beberapa jam sebelum serangan tersebut, mayat seorang wanita berkait dengan suspek ditemukan di Baerum yang mana lokasi sama kejadian berkenaan.

"Polis menerima maklumat serangan sekitar pukul 4 petang.

"Suspek pemuda dengan latar belakang Norway dan tinggal di kawasan sama," jelas jurucakap polis Oslo, Rune Skjold.

Imam masjid mengambarkan suspek seorang pemuda kulit putih berpakaian hitam dan memakai helmet berserta baju kalis peluru.

Jelasnya, ketika serangan hanya tiga orang berada dalam Pusat Islam al-Noor. - AFP