Portal Mirror melaporkan, Christian Thornton, 45, dibunuh kejam sekitar pukul 3.20 petang waktu tempatan.

Saksi memberitahu Thornton ditikam selepas cuba menghalang suspek daripada masuk ke dalam pub tersebut.

Polis mengesahkan menerima aduan tentang insiden yang berlaku di Pincers pub dekat jalan Liverpool itu.

Thornton yang cuba diselamatkan bagaimanapun meninggal dunia di lokasi kejadian.

Dalam pada itu, seorang lelaki dan seorang wanita masing-masing berusia 35 dan 39 tahun yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut telah ditahan polis untuk soal siasat.- AGENSI