Agensi berita AP melaporkan, menantunya, Andy Johnson memberitahu, Blaine meninggal dunia kerana sakit tua di rumahnya di Palm Desert, California,

Apabila Brian Wilson daripada kumpulan Beach Boys mendapat tahu tentang kematian lelaki itu, dia menyifatkan Blaine sebagai pemain drum yang paling hebat.

“Hal Blaine adalah seorang pemuzik dan kawan yang hebat yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

“Blaine banyak mengajar saya dan beliau banyak menyumbang kepada kejayaan kami, Beliau pemain drum yang paling hebat,” ujarnya dalam kicauan Twitter miliknya. -AGENSI