Lapor BBC memetik laporan baharu oleh Pemantau Buruh China sebagai berkata, lebih 1,500 'pelatih' dikerahkan untuk menghasilkan peranti pintar tersebut di sebuah kilang dikendalikan oleh pembekal Foxconn.

Kesemua remaja berkenaan berusia antara 16 dan 18 tahun, dilaporkan terpaksa bekerja 60 jam seminggu dan bertugas pada syif malam.

Foxconn menyalahkan pengurus kilang terbabit dan berjanji untuk meningkatkan sistem pemantauan kakitangan.

Selain itu, Foxconn juga telah memecat dua kakitangan di kilang tersebut. - AGENSI