Menteri Luar, Jean-Yves Le Drian berkata, tempat tersebut merupakan zon merah yang mana anda tidak patut pergi kerana risiko signifikan jika ke sana.

Nasihat perjalanan kementerian luar menyenaraikan kawasan utara Benin berhampiran sempadan dengan Burkina Faso sebagai ‘Tidak Digalakkan Secara Rasmi’ termasuk Taman Negara Pendjari.

Ia memberi amaran kepada ‘kehadiran kumpulan pengganas bersenjata dan risiko diculik’.

Terdahulu, Patrick Picque, 51, dan Laurent Lassimouillas, 46, hilang ketika lawatan ke Taman Negara Pendjari pada 1 Mei lalu.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengarahkan serbuan malam dilakukan pada kem militan yang mana kedua mangsa bersama seorang wanita Amerika Syarikat dan Korea Selatan diselamatkan pada Khamis lalu.

Empat daripada enam penculik terbunuh manakala dua tentera Perancis juga maut. - AFP