Nicholas Carr, 26, yang ketika kejadian berada dalam keadaan mabuk didapati mengasari seorang penunggang motosikal sebelum melakukan kerosakan di sebuah kedai serbaneka dan memecah masuk sebuah rumah dan menyerang penghuni rumah berkenaan.

Carr, yang mengalami kecederaan ditahan penduduk tempatan dan diserahkan ke balai polis sebelum dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

Lelaki tersebut boleh dipenjarakan sehingga lebih dua tahun sekiranya terbukti bersalah.

Carr mengaku telah meminum 10 botol arak jenis vodka sebelum melakukan kekacauan pada malam tersebut.

“Saya ketika itu mabuk dan ingin memohon maaf. Saya sedikit pun tidak ingat apa yang berlaku,” katanya.- AFP