Daily Mail melaporkan polis bagaimanapun mengesahkan tiada penumpang ketika kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi itu.

Jurucakap polis, Inspector Kara Triance memberitahu, berdasarkan siasatan awal, polis mendapati kejadian itu dilakukan akibat perbuatan vandalisme yang disifatkan sebagai perlakuan jenayah.

“Para pakar tahu sama ada nahas itu disebabkan oleh kerosakkan pada kabel itu sendiri atau perbuatan yang disengajakan,” katanya di sini semalam.

Gondola di ketinggian 885 meter yang mula beroperasi sejak 2014 dan mampu membawa kira-kira 3,000 penumpang pada setiap hari itu menawarkan pemandangan fjord di Pantai Pasifik Kanada.

Menurut Pengurus syarikat gondola Sea to Sky, Kirby Brown, ia adalah kejadian di luar jangkaan yang disebabakan oleh kerosakkan pada kabel itu kerana syarikat itu baharu sahaja menjalani pemeriksaan penyelenggaraan dan kabel berkenaan disahkan ‘sihat’, cantik, besar dan tebal.

Sementara itu, jurucakap The Vancouver Sun berkata, maklumat awal mendapati kesemua 31 gondola itu terjatuh namun ia tidak bermakna semua gondola itu mengalami kerosakkan.

“Pasukan kami masih belum berupaya untuk sampai ke puncak,” ujarnya.

Menjelaskannya lanjut, pasukkan beliau baharu sahaja menjalankan pemeriksaan penyelanggaraan sebanyak dua kali pada tahun ini dan setiap gondola yang boleh memuatkan lapan penumpang itu selamat digunakan.

Dalam pada itu, jurucakap Polis Berkuda Diraja Kanada (RMCP), Ashley MacKay berkata, mereka menerima panggilan kecemasan daripada seorang pekerja di puncak selepas mendengar bunyi kuat dan terlihat gondola tersebut terjatuh daripada kabel. -AGENSI

CAPTION:

GONDOLA yang terjatuh akibat perbuatan vandalisme di kawasan tumpuan pelancong di Squamish, Kanada, Sabtu lalu. -DAILY MAIL