Daily Mail melaporkan, Hermeus telah menerima pembiayaan awal dalam usahanya membina teknologi supersonik yang diharapkan akan menguasai pesawat komersial dalam dekad berikutnya.

Jumlah pembiayaan tidak didedahkan kepada umum.

Hermeus memaklumkan, pesawat itu dikuasakan oleh teknologi sedia ada.

Syarikat itu memiliki dua bekas kakitangan Blue Origin dan SpaceX.

Pengasas lain di Hermeus pernah bekerja di Generation Orbit yang pernah membantu membangunkan X-60A, roket supersonik yang digunakan oleh tentera Amerika Syarikat untuk menguji kenderaan ultra pantas.