Lorraine Smith, 59, berasal dari Whanganui bagaimanapun dihukum 12 tahun penjara tanpa parol selama enam tahun.

Smith pada 15 Mac lalu, membunuh Kalis Manaia Smith, 13, dengan menjerutnya menggunakan tali leher selepas bergaduh dengan cucunya tersebut.

Smith mengaku bersalah melakukan pembunuhan tersebut namun bebas daripada dipenjara seumur hidup atas sebab sejarah hidupnya yang berdepan penderaan pada usia kecil selain diperlukan untuk menjaga seorang anak kurang upaya dan tiga cucu yang menderita masalah mental.- AGENSI