Jim Bridenstine, pentadbir NASA memberitahu, agensi itu merancang untuk mempercepatkan pelan berkenaan yang mendaoat sokongan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menggunakan kerjasama syarikat swasta.

"Adalah penting untuk kita kembali ke Bulan secepat mungkin.

"Kali ini, apabila kita menjejakkan kali ke Bulan, kita akan menetap di sana. Kita tidak akan meninggalkan bendera dan jejak dan selepas itu pulang serta tidak kembali ke Bulan selama 50 tahun lagi," katanya dalam mesyuarat di Ibu pejabat NASA sambil menambah harapan membawa angkasawan ke Bulan pada 2028.

Individu terakhir yang menjejakkan kaki ke Bulan adalah Eugene Cernan pada Disember 1972 ketika misi Apollo 17.

Sebelum angkasawan akan dihantar semula ke Bulan, NASA merancang untuk mendaratkan kenderaan tanpa pemandu di Bulan pada 2024. - AFP