JAMES BURKE (gambar pada 2002) mendakwa tidak mungkin Barat akan kembali menjalankan misi ke Bulan. - AGENSI

Daily Mail melaporkan, James Burke, yang membuat liputan pendaratan ke bulan pada 1969 berkata, misi itu juga tidak membawa manfaat kepada Bumi.

Namun beliau menegaskan, Apollo telah memajukan seni ‘pengurusan dan organisasi’.

Bercakap kepada Radio Times, Burke, 82, berkata: “50 tahun, adalah ini berbaloi? Bukan untuk sains dan teknologi. Bagaimanapun, projek itu sebahagian daripada perlumbaan senjata yang akhirnya memusnahkan Kesatuan Soviet.”

Menurutnya, untuk tempoh 50 tahun ini, majoriti penduduk dunia melihatnya hanya sebagai sejarah.

Burke juga berkata, tidak mungkin Barat akan kembali ke bulan.