Kes tersebut dianggap sebagai salah satu tangkapan berprofil tinggi dalam tindakan keras terhadap dakwaan rasuah.

Maryam merupakan anggota keluarga terbaharu yang menjadi sasaran kerajaan dibawah kepimpinan Imran Khan yang menang dalam pilihan raya umum negara itu tahun lalu.

Isu penahanan Maryam juga telah mencetuskan bantahan keluar dalam kalangan pembuat dasar pembangkang di Parlimen hari ini.

“Hari ini dalam Pakistan baharu, Maryam Nawaz telah ditahan tanpa sebarang pertuduhan, jadi saya mengambil keputusan untuk keluar dari dewan ini,” kata Pengerusi Parti Rakyat Pakistan, Bilawal Bhutto ketika berucap di sidang Parlimen hari ini.

Penahanan Maryam di bandar timur Lahore dilakukan sehari selepas pihak berkuasa menahan bekas Menteri Kewangan dan penyokong setia keluarga Sharif, Miftah Ismail atas tuduhan rasuah. - AFP.