Menurut laporan Bloomberg, majalah komik terkenal itu akan menghentikan penerbitan bahan baru.

Antara ilustrasi kulit luar majalah MAD Magazine.
Antara ilustrasi kulit luar majalah MAD Magazine. 

Penerbitan dua kali sebulan majalan itu akan menyiarkan koleksi lama dan akan hanya dijual di kedai komik dan dihantar melalui pos kepada pembeli yang membuat langganan.

"Bekerja di MAD adalah impian zaman kanak-kanak yang menjadi kenyataan. MAD adalah sebuah institusi yang mempunyai sejarah yang kaya, "kata bekas editor Allie Goertz di Twitter.- UTUSAN ONLINE