Ketua Bomba Erie, Guy Santone berkata kesemua mangsa yang berumur antara lapan hingga tujuha tahun dilaporkan tidur di sebuah bilik di aras dua ketika pusat jagaan berkenaan dijilat api.

Katanya anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian 25 minit selepas laporan diterima menyaksikan sebuah bilik di aras dua banggunan tersebut teruk dijilat api.

“Anggota bomba berupaya memindahkan kesemua mangsa namun mereka tidak sempat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Pengendali pusat jagaan tersebut, Elaine Harris berjaya menyelamatkan diri namun mengalami kemalangan ketika dalam perjalanan ke hospital.

Dia telah diterbangkan ke Pittsburgh untuk menerima rawatan.

Dalam pada itu, Santone mengesahkan kepada New York Times bahawa salah seorang mangsa yang meninggal dunia merupakan anak kepada Harris.

Pada masa yang sama, dua anak Harris yang terselamat hanya mengalami cedera ringan selepas bertindak melompat keluar menerusi tingkap.- AFP