Daily Mail melaporkan, imej yang dirakam menerusi satelit Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik (NASA) mendapati, bukti pendaratan angkasawan itu menerusi misi pada 20 Julai 1969 itu masih lagi kelihatan meskipun sudah pudar dan terjejas akibat sinaran matahari.

Namun, bendera AS yang dipacakkan oleh angkasawan pertama itu tidak kelihatan menerusi imej satelit berkenaan ketika beberapa bendera lain dapat dilihat di kawasan pendaratan kapal angkasa Apollo 11 tersebut.

Saintis sebelum ini berpendapat, pancaran matahari itu akan memusnahkan kesemua bendera terbabit, namun gambar-gambar yang diambil oleh NASA mendapati lambang-lambang pada bendera itu masih utuh.

Angkasawan itu meninggalkan banyak tinggalan termasuk yang bersifat saintifik dan sentimental kepada pengkaji yang akan datang untuk terus mene­rokai ruang angkasa itu.

Mereka meninggalkan gambar keluarga, pingat, sebuah cakera silikon yang memuatkan mesej pemimpin-pemimpin utama dunia dan bendera AS di permukaan beku sebagai tanda kenangan.

Mengupas mengenai pendaratan pertama itu, pasangan angksawan itu turut memasang kamera Laser Ranging RetroReflector (LRRR) and Passive Seismic Experiment Package (PSEP) yang berupaya menghantar maklumat ke bumi pada masa-masa akan datang.

Imej-imej yang dirakamkan oleh kamera itu sekali gus menamatkan desas-desus yang kononnya mengaitkan pendaratan ke bulan itu sebagai satu penipuan. – AGENSI