Menurutnya, mereka mengesahkan negara-negara Arab akan menyokong belanjawan Palestin.

“Bagi terus bertahan dengan tekanan politik dan kewangan yang dihadapi Palestin,” katanya selepas mesyuarat di sini semalam.

Israel mengutip cukai bagi pihak Palestin namun menahan pemindahan AS$138 juta (RM570.2 juta) pada Februari lalu yang akan diberikan kepada banduan politik ditahan kerana menyerang rejim itu.

Israel merampas Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan timur Baitulmuqaddis pada perang Arab-Israel 1967. - AFP