Menteri kewangan pertubuhan itu yang mengadakan pertemuan di sini mengulangi janji yang dibuat pada April untuk meningkatkan lagi bajet PA dengan pemindahan dana sebanyak AS$100 juta (RM413 juta) ketika ia berdepan kemelut kewangan.

Menteri Kewangan LIga Arab pada masa sama mengecam apa yang mereka sifatkan sebagai ‘pelanunan dana awam Palestin oleh Israel’.

Israel mengutip cukai bagi pihak PA namun menyekat pembayaran kutipan sejumlah AS$138 juta (RM571 juta) bagi Februari berhubung pembayaran kepada tahanan politik Palestin yang dipenjarakan kerana menyerang Israel. - AFP