Tiada kemalangan jiwa dilaporkan namun letupan tersebut mengakibatkan kerosakan teruk pada banggunan terbabit.

Insiden berlaku sekitar pukul 10 malam, waktu tempatan.

Anggota siasatan polis Copenhagen, Jorgen Bergen dalam kenyataan berkata, punca letupan masih belum dikenalpasti namun polis tidak menolak terdapat unsur jenayah dalam kejadian itu.

"Insiden amat meragukan dan siasatan masih dijalankan. Dalangnya masih belum dikenalpasti," katanya.

Dua individu yang berada di dalam banggunan tersebut ketika kejadian disahkan selamat.- AFP