Pusat lelongan Sotheby dalam satu kenyataan berkata, jualan tersebut mengatasi rekod pada 2017 apabila sepasang kasut Converse ditandatangani dan dipakai oleh Michael Jordan semasa perlawanan bola keranjang Olimpik dijual pada harga AS$190,373 (RM784,260).

Kata Sotheby, kasut itu dijual melebihi harga jangkaan pra-jualannya iaitu AS$160,000 (RM659,136).

Pengumpul warga Kanada, Miles Nadal berjaya dalam bidaan yang dibuat secara dalam talian sekali gus menambah koleksi 99 pasang ka­sut uniknya yang dibeli semasa jualan tertutup minggu lalu.

“Saya amat teruja untuk memiliki kasut ikonik ‘Moon Shoe’ ini, antara koleksi yang sukar ditemui dan juga artifak berharga dalam sejarah sukan dan pop,” katanya.

Jelas Sotheby, hanya terdapat 12 pasang kasut itu dihasilkan dan kasut yang dijual semalam merupakan salah satu yang diketahui wujud.

Terdahulu, Nadal, 61, mem­belanjakan sebanyak AS$850,000 (RM3.5 juta) bagi 99 pasang kasut unik yang dibeli Rabu lalu.

Nadal merancang untuk mempamerkan kesemua ka­sut tersebut termasuk Moon Shoes yang dipakai pelakon, Marty McFly dalam filem ‘Back to the Future II’ dalam muzium peribadinya di Toronto. – AFP