Bangkok Post melaporkan, Prapas Maothong, 51, yang pernah berkhidmat di balai polis Pa Phayom di wilayah Phatthalung didakwa melakukan jenayah tersebut antara 2016 hingga 2017.

Prapas ditahan pada tahun lalu selepas beberapa keping gambar yang menjadi bukti kegiatannya itu ditemukan polis dalam satu serbuan yang dilakukan di Australia.

Pendakwaraya memberitahu kepada mahkamah bahawa lelaki tersebut berulang kali mencabul dan merogol mangsa antara November 2016 hingga Oktober 2017.

Dia berdepan 34 pertuduhan termasuk tindakan memisahkan kanak-kanak malang itu daripada ibu bapanya.-AGENSI