Portal Mirror melaporkan, Reece Dempster, 22, hadir ke mahkamah hari ini dan direman bagi siasatan.

Beliau turut didakwa melakukan serangan seksual dan merompak warga emas malang tersebut.

Polis yang menerima laporan berkenaan insiden tersebut menemukan mayat wanita itu sekitar pukul 10.45 pagi waktu tempatan.

Dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dempster ditangkap polis pada Isnin lalu sekitar pukul 6 petang waktu tempatan.- AGENSI