Ross Dunkley, 60, yang juga pengasas bersama akhbar berbahasa Inggeris The Myanmar Times ditahan polis bersama rakan kongsinya, John McKenzie dan tujuh warga tempatan dalam satu serbuan sekitar Jun tahun lalu dekat kediamannya di Yangon.

Dalam serbuan tersebut polis menemukan pelbagai jenis dadah termasuk crystal methamphetamine, pil yaba gred rendah, ganja dan heroin.

Seorang lelaki dan seorang wanita yang bekerja sebagai pembantu rumah kepada suspek telah dibebaskan.

Pada masa yang sama, lima wanita tempatan masing-masing dihukum 11 tahun penjara.

Tiada pengakuan bersalah direkodkan dari kesemua tertuduh.- AFP